ASPIRASI
Pemilihan pakaian juga haruslah sesuai dengan keadaan fizikal diri, jawatan dan tahap ekonomi masing-masing. Tidak semestinya pakaian yang mahal itu selalunya sesuai kerana selain harga, faktor lain yang memainkan peranan adalah bentuk tubuh badan, warna kulit, bentuk muka dan padanan warna.
Sehubungan itu, “The Red Book” telah dihasilkan berlandaskan pekeliling sedia ada yang mana ianya boleh dijadikan rujukan atau kamus dalam tatacara pemakaian. Ia diolah dan diterbitkan khas untuk warga MAMPU dalam melahirkan warga MAMPU yang unggul dari aspek imej korporat. Ia sesuai dengan arus penjenamaan semula atau transformasi MAMPU sebagai agensi yang menjadi peneraju kecemerlangan dan disegani oleh Sektor Awam.
Akhir kata, saya berharap supaya warga MAMPU dapat mengambil manfaat dan sama-sama menjadikan “The Red Book” sebagai panduan dalam mempertingkatkan imej korporat MAMPU sebagai sebuah organisasi yang disegani dalam Sektor Awam.
“Dresing Up is Undeniably Important”
DATUK NORMAH MD YUSOFKetua PengarahUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Jabatan Perdana Menteri
Assalamualaikum dan Salam Kegemilangan.
Imej seseorang itu dinilai dari beberapa aspek. Di antaranya ialah gerak-geri, cara bercakap, bahasa dan gaya yang digunakan, nada suara, kebersihan dan pakaian yang dipakai. Antara perkara-perkara tersebut pakaian merupakan fokus atau tumpuan utama kerana pakaian memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keperibadian seseorang individu. Pakaian seseorang juga merupakan first impression yang bakal diberikan kepada individu lain yang melihatnya. Pakaian yang dipakai haruslah sederhana dan tidak keterlaluan (over-dressed) atau kurang sopan (under-dressed).
Keperibadian seseorang boleh dilihat melaluitatacara pemakaian atau imej yang ditampilkan...“
“ISI KANDUNGAN
TUJUAN PANDUAN PEMAKAIAN KORPORAT
Well Groomed Pakaian Aksesori Etika
PEMATUHAN ARAHAN PEMAKAIAN KORPORAT
PENUTUP
3 5 23 26
B1
B2
B3
B4
TUJUAN
4
MAMPU perlu mengekalkan kecemerlangan bukan sahaja dari segi kualiti penyampaian perkhidmatan malah perlu mengambil langkah proaktif untuk memantap dan memperhebatkan imej dan identiti warganya. Ini selari dengan penarafan MAMPU sebagai agensi bertaraf lima bintang.
Garis panduan ini diterbitkan untuk mewujudkan keseragaman (uniformity) dan menampilkan imej korporat warga MAMPU.Panduan Pemakaian Korporat di dalam buku ini akan merangkumi definisi well groomed, pakaian, dan aksesori yang bersesuaian dipadankan. Etika berpakaian bagi warga MAMPU serta Do’s dan Dont’s turut diperjelaskan.
Panduan ini adalah tertakluk kepada arahan sedia ada yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan hendaklah digunakan bersama-sama dengan pekeliling dan surat-surat pekeliling seperti berikut:
(a) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 – Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara- upacara Rasmi bagi Pegawai Awam
(b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 - Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi
(c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 - Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada Hari Khamis
(d) Surat Edaran 15 Mac 2005 - Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat Kepada Semua Pegawai Lelaki Beragama Islam
Panduan ini adalah sebagai tambahan kepada warga MAMPU dalam memperkenalkan pemakaian korporat di kalangan warganya. Ini bagi mewujudkan nilai bersama di dalam organisasi dari aspek pemakaian.
THE RED BOOK
PANDUAN PEMAKAIAN KORPORAT
Cara berpakaian memainkan peranan penting bagi setiap warga MAMPU kerana ia menggambarkan imej korporat yang ingin ditampilkan. Dari penampilan dan gaya yang dipamerkan, seseorang boleh dinilai dari segi:
(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)
Panduan pemakaian ini akan diperincikan kepada beberapa aspek seperti definisi (well groomed, pakaian, dan aksesori) serta etika berpakaian bagi warga MAMPU (Do’s dan Dont’s).
Panduan ini juga menyentuh sedikit mengenai pakaian yang sesuai bagi wanita mengandung dan wanita bertudung labuh.
66
Imej dan personalitinyaKedudukan ekonominyaTahap / Latar belakang pendidikanTahap kedudukan sosialKejayaannyaMoralKehebatannya
DEFINISI WELL GROOMEDBAHAGIAN BADAN LELAKI PEREMPUAN
Rambut
Kuku
Solekan
Postur Badan
Rambut berimej korporat dan formal(tidak terlalu mengikut fesyen, mencacak,gaya trojan, punk, skinhead dan hippies)Rambut disisir kemas dan bergunting rapiJanggut dan misai digunting rapi
Postur badan yang betul semasa duduk dan berjalan
-
Dipotong pendek dan kemasTidak digalakkan menggunakan pewarna kuku yang berwarna terlalu terang/hitam
Rambut yang disisir/diikat rapiMemilih tudung yang sepadan denganbaju yang dipakai (bagi yang bertudung)
Sederhana
8
THE RED BOOK
10
Pakaian korporat MAMPU membawa maksud lounge suit yang dipadankan dengan tali leher korporat bagi lelaki dan skaf korporat MAMPU bagi perempuan serta memakai tanda nama di sebelah kiri
Dipadankan dengan kasut hitam bertutup sekeliling(sebaik-baiknya BERKILAT)
Pakaian korporat MAMPU wajib dipakai semasa:
Perhimpunan Bulanan MAMPU
Majlis-majlis seperti AKSA, Persidangan 1-eGOV, myGOSCON dan Persidangan CIO di mana MAMPU merupakan penganjur/tuan rumah kepada majlis berkenaan (majlis-majlis rasmi yang ditentukan dari semasa ke semasa).
Mesyuarat-mesyuarat utama seperti Mesyuarat JKKMKPK, Mesyuarat Panel 3P, Mesyuarat MPKM/MPM dan Mesyuarat Mingguan MAMPU Bersama KSN di mana MAMPU berperanan sebagai urus setia
Semasa menerima dan mengendalikan lawatan-lawatan dari luar dan dalam negara di mana urus setia dan penceramah diwajibkan memakai pakaian korporat. Penceramah MAMPU yang akan menyampaikan ceramah/taklimat di agensi lain
Pegawai MAMPU yang membuat lawatan inspektorat untuk AKSA,Star Rating dan sebagainya
PAKAIAN KORPORAT MAMPU
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
DEFINISI PAKAIAN
11
Tali leher dan skaf Korporat MAMPU berwarna MERAH yang telah dilancarkan pada 11 September 2009
Ikatan tali leher yang sesuai adalah simpul tiga tiga
Tempat yang sesuai bagi pemakaian pin tali leher adalah di bahagian tengah saku baju. Jika memakai lounge suit, tempat pin yang sesuai ialah bersamaan atas saku baju
Tidak dibenarkan memakai bow tie
Tali leher sesuai dipadankan dengan pocket handkerchief dari corak yang sama
TALI LEHER / SKAF
LOUNGE SUIT
Gabungan 3-pieces suit yang menggunakan warna, corak dan bahan yang sama seperti berikut:
Pilihan warna yang digalakkan adalah warna gelap.
Kot, seluar dan kemeja berlengan panjang bagi lelakiKot, skirt dan kemeja berlengan panjangbagi perempuan
(i)
(ii)
Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis bahan
Pilihan warna yang digalakkan adalah warna gelap.
Sut perlu dipadankan dengan kemeja lengan panjang dan tali leher
SELUAR/SUT SELUAR
Skirt dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis bahan
Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang dan dipadankandengan skaf
Pilihan warna sut skirt yang digalakkan adalah warna gelap.
Salwar-kameez(jubah panjang) atau kurta(jubah pendek) hendaklahdipadankan dengan skirt labuh
12
SKIRT/ GAUN/SUT SKIRT
Kemeja, baju sejuk, turtleneck diterima untuk pemakaian di pejabat Pilihan warna dan corak yang digalakkan adalah warna pastel
Kemeja berjalur hendaklah dipadankan dengan tali leher tanpa corak atau sebaliknya
Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar, kolar harus dibutangkan
KEMEJA, BLAUS,JAKET
BAJU BATIK
Memakai batik buatan Malaysia
Digalakkan membawa baju batik semasa menghadiri urusan rasmi di luar negara. Ini bagi melambangkan identiti dan imej perkhidmatan awam Malaysia
13
Baju Kebaya/Kurung dengan tudung yang bersesuaian bagi perempuan
Baju Melayu lengkap bersampin, bersongkok hitam dan butang dikenakan secara lengkap bagi lelaki
Sut Punjabi, Cheong Sam dan Sari yang bersesuaian dan sopan
PAKAIANKEBANGSAAN
KASUT/STOKING
Kasut kulit ataulain-lain kasut yangsejenis dengannya
Kasut capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yanglengkap bersampingdan bersongkok
Digalakkan memakai kasut hitam BERKILAT
Stokin haruslah sepadan dengan warna seluar
14
16
Pin tali leher : Dipakai selari dengan bahagian tengah saku baju
Jam Tangan : Memakai yang bersesuaian
Tali pinggang : Seelok-eloknya warna tali pinggang dipadankan dengan warna kasut
Cuff Link : Seelok-eloknya dipakai dengan baju berlengan panjang
Seelok-eloknya sesuaikan warna beg tangan dengan kasut
AKSESORI DANBARANG KEMAS
LELAKI LELAKI DAN PEREMPUAN
PEREMPUAN
ALAT SOLEK, WANGIAN,SEMBURAN BADAN
BEG TANGAN
Pilih bauan yang lembut supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan
Pewangi yang lembut sesuai dipakai di siang hari dan pewangi yang kuat daya tarikannya digunakan di sebelah malam
Alat solek hendaklah dipakai secara minimal dan sesuai dengan keadaan
PEREMPUAN
Rantai/Gelang/Cincin : Haruslah sederhana
Jam Tangan : Memakai yang bersesuaian
Tali Pinggang : Seelok-eloknya sesuai dengan warna beg tangan dan warna kasut
Cuff Link : Seelok-eloknya dipakai dengan baju berlengan panjang
DEFINISI AKSESORI
Penampilan diri adalah penting dalam mempamerkan personaliti dan imej seseorang. Sehubungan itu, ciri-ciri kualiti dalam tatacara dan etika pemakaian yang komprehensif perlu ditekankan agar dapat memberikan penampilan yang seragam dan segak di kalangan warga MAMPU. Ini juga mewujudkan warga MAMPU yang berketrampilan dan mempunyai imej yang profesional.
Pegawai-pegawai MAMPU banyak terlibat dengan acara-acara rasmi yang memerlukan penampilan yang segak dan bergaya. Cara pemakaian yang sempurna akan memberikan tanggapan yang positif terhadap diri seseorang itu.
Penampilan imej warga MAMPU hanya boleh dihasilkan melalui pematuhan yang mana etika berpakaian perlu dilihat secara menyeluruh.
ETIKA BERPAKAIAN
PAKAIAN
18
Jonathan Wolfgang
Behavior is the mirror in which everyone shows their image...“
“
THE RED BOOK
MEN’S DO’S AND DONT’S
DO’S DONT’S
KEPALA
BADAN
19
Misai melebihi bibir atas
Janggut mencecah butang atas baju
Rambut mencacak, punk atau skinhead
Menindik telinga
Memakai suit yang berlainan warna denganwarna seluar kecuali jika memakai sports-jacket
Memakai tali leher berkarakter kartun
Memakai bow tie
Memakai lebih dari 1 cincin pada satu tangan
Berkuku panjang dan tidak bersih
Kemeja berlengan pendek kecuali pakaian seragam
Kemeja bercetakan perkataan yang tidak sesuai, logo, gambar atau slogan yang bercirikan unsur politik, ganas, seram dan yang seumpamanya
Memakai kedua-dua kemeja dan tali leher berjalur dalam masa yang sama
Berkepala botak hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut:
GenetikMengerjakan Haji (Muslim) Nazar (Kaum India)
Kolar baju perlu kelihatan 1/2 inci daripada leher
Memakai kemeja berlengan panjang yang dibutangkan atau memakai cuff link
Baju yang berjalur timbul (bold) bolehdipakai dengan tali leher berjalur halus
Hujung kepala tali leher mesti mencecahbahagian ‘buckle’ tali pinggang
Padankan tali leher berjalur denganbaju plain dan tali leher plain dengan baju berjalur
Memakai tanda nama di sebelah kiri
(i) (ii) (iii)
THE RED BOOK
MEN’S DO’S AND DONT’S
DONT’SDO’S
KAKI
20
KETRAMPILAN
Kasut MESTI sentiasa BERSIH dan BERKILAT
Warna kasut seelok-eloknya dipadankandengan warna tali pinggang
Memakai selipar, kasut getah dankasut sukan/tenis
Kasut yang tiada bertumit(kecuali atas sebab kesihatan)
Tidak mempunyai tatoo
Tiada nafas berbau
Tidak mempunyai bau badan (khususnya bau rokok)
THE RED BOOK
WOMEN’S DO’S AND DONT’S
DO’S DONT’S
BADAN
21
KEPALA Melepaskan rambut/tidak disisir rapi
Berkuku panjang dan tidak bersih
Baju yang terdedah di bahagian pinggang (midriff)
Kemeja berlengan pendek kecuali pakaian seragam
Kemeja bercetakan perkataan yang tidak sesuai, logo, gambar atau slogan yang bercirikan unsur politik, ganas, seram dan yang seumpamanya
Kemeja berlengan panjang
Lengan kemeja seelok-eloknya dapat dilihat 1/2 inci daripada jaket
Memakai kemeja berlengan panjang yang dibutangkan atau memakai cuff link
Memakai tanda nama di sebelah kiri
Rambut disisir rapi
Bagi yang berambut panjang,seelok-eloknya disanggulkan/netting
Bagi yang bertudung, digalakkan memilih tudung yang sepadan dengan warna baju
THE RED BOOK
WOMEN’S DO’S AND DONT’S
DO’S DONT’S
Kasut tiada bertumit
Selipar
AKSESORI
22
KASUT
KETRAMPILAN Solekan yang sederhana
Tidak memempunyai tatto
Memakai wangian yang sesuai dan minimal
Memakai barang kemas yang terlalu banyak
Memakai subang telinga yang melampau(Dangling earrings)
Kasut bertumit sederhana
Memakai sarung kaki yang sesuai dengan warna kulit (sekiranya memakai sarung kaki)
Memakai barang kemas yang sederhana
Memakai yang bersesuaian
Memakai hanya satu cincin pada satu tangan
THE RED BOOK
Dalam membudayakan tatacara dan etika pemakaian ini, penerapan budaya itu sendiri memerlukan komitmen dan penghayatan. MAMPU akan menganjurkan program-program yang bersesuaian untuk memperhebatkan penerapan budaya ini dan memastikan pematuhan arahan dipatuhi.
Adalah penting supaya semua warga MAMPU dapat bekerjasama untuk mematuhi arahan ini dalam usaha sebagai gagasan peningkatan imej di MAMPU.
PEMATUHAN ARAHAN
Stephen R Covey
There are three constants in transforming life…Change, Choice and Principles“
“
Wanita mengandung digalakkan memakai kemeja (blouse) dan dipadankan bersama skirt labuh atau memakai jubah labuh.
Tatacara pemakaian tudung labuh adalah sama dengan wanita bertudung. Memakai purdah atau menutup muka adalah tidak dibenarkan.
Perempuan tidak dibenarkan memakai seluar KECUALI:
Kemeja lengan panjang yang dipadankan bersama sut hendaklah dilihat 1/4 inci daripada lengan sut dan dilihat 1/2 inci daripada kolar sut.
Warga MAMPU tidak dibenarkan memakai sandal tiada bertumit bagi perempuan dan selipar bagi lelaki ke pejabat.
Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.
TIPS TAMBAHAN
Dalam perjalananDuppatta yang dipakai bersama sut punjabi
(i) (ii)
PENUTUP
Cabaran dalam mendokong dan menjayakan usaha transformasi imej diri ini memerlukan komitmen dan penghayatan semua warga. Sehubungan itu, warga MAMPU perlu bersama menerajui perubahan ini dalam usaha melahirkan warga yang berketrampilan dan disegani.
Komitmen dan pemikiran yang positif dari keseluruhan warga perlu dalam usaha merealisasikan hasrat murni ini dapat dicapai dengan jayanya. Ini akan membuktikan yang kita sanggup melakukan transformasi dalam memperkukuh semangat kekitaan kita sebagai satu keluarga warga MAMPU yang bersatu padu dan bekerjasama.
TOGETHER WETRANSFORM
22
Semua maklumat dalam panduan ini adalah benar pada masa ia dicetak. Sebarang bahagian dalam panduan ini tidak boleh diterbitakan semua, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindah dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara baik secara elektronik, mekanikal, pengambaran semula, rakaman, ataupun sebaliknya tanpa izin terlebih dahulu daripada MAMPU.
Hakcipta Terpelihara
Disember 2009